Wednesday 17 October 2012

Jadual untuk kesihatan anggota badan


Assalamuaikum.....


Naaa...jangan ingat kita je yang ade schedule to complete tetiap hari, our body pun ade jugak taw.

Jom scroll ke bawah

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Waktu Pagi

3:00 am – 5:00 am

Paru-paru

Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am

Usus Besar

Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am

Perut

Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am

Limpa

Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari

11:00 am – 1:00 pm

Jantung

Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.


Petang

1:00 pm – 3:00 pm

Usus kecil

Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm

Pundi Kencing

Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm

Buah Pinggang

Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam

7:00 pm – 9:00 pm

Dinding Jantung

Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm

Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am

Hempedu

Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam

1:00 am – 3:00 am

Hati

Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.