Bila Berkawan ....
1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…
2. Kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…
3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…
4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS. Dah pakai pastu buang…
5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…
6. Kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…
7. Kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit jual …Beli baru…
8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE . Kejap ade kejap takde…
9. Kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit baru nak cari…
Notakaki : Berkawan biarlah ikhlas. Kalau berkawan atas dasar kawan tu ada kelebihan, lupakan je lah sebab satu hari nanti persahabatan korang akan terlerai jugak.
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring. Show all posts
Monday, 10 February 2014
Sunday, 9 February 2014
Behave
Hai everyone, sorry lama dah tak mencoret kat sini. Bukan apa, banyak sangat yang nak kena fikir lately ni. Hari ni nak story pasal pengalaman aku masa pegi ambik minitranskrip. Yela, dah lepas final exam, nak pikir fasal kerja pulak kannn. Pegi ambik minitranskrip pun sebab ada company suruh pegi interview. Woo..woo.. nebes pulak aku rasa bila cakap pasal interview ni.
Ok camni citenye, aku masuk je UiTM Shah Alam, aku pergi kat Hal Ehwal Akademik (we'll panggil HEA), punya lah jauh aku parking sebab SUKIPT (sukan antara IPT aku rasa) masih berjalan. Before gi ambik minitranskrip, aku kena gi bayar dulu kat bahagian kewangan Zon 6 sebab aku student kampus lain (aku dari kampus bandaraya Melaka) then aku kena gi ambik minitranskrip kat Zon 16 (kalau korang tak tahu, jangan tanya aku sebab aku pun pening kat UiTM Shah Alam tu, adik aku yang belajar kat situ pun pening-pening kat area UiTM Shah Alam tu...hahahaha...). Lepas aku ambik nombor giliran kat Zon 16 (wah...nak ambik minitranskrip pun nak kena ambik nombor giliran) baru aku jumpa pegawai. Pegawai tu cakap tak boleh ambik lagi sebab result tak keluar lagi, nak cakap apa kan so terpaksa la datang balik minggu depannya.
Lepas kecewa takleh ambik result, aku dengan adik aku pegi la cari Restoran Ayam Penyet Api sebab aku rasa nak makan ayam penyet kt restoran tu je. Masa aku sampai, restoran tu baru bukak, maksudnya dieorang baru masak nasi la. Aku tak kisah sangat sebab dah mengidam nak makan ayam penyet, so aku tunggu je la kan sambil layan wifi.
Back to title kat atas, aku macam geram la kat segelintir orang kat Malaysia ni. Orang Malaysia kita ni ada satu perangai tau, berlagak, kerek dan seangkatan dengannya lah. Masa aku tengah menjamu selera kat restoran ayam penyet tu, ada lah satu meja ni semua perempuan ok. Aku dapat rasa perempuan kat meja tu tak biasa makan kat kedai ayam penyet tu. Tu tak menjadi masalah tapi yang menjadi masalahnya kenapalah kau tak tanya pekerja- pekerja kat restoran tu apa yang special kat situ. Perempuan tu order air bandung pastu lepas minum boleh lak die nak tukar yang set punya (kat restoran ayam penyet ada set tau, tapi set ni kalau weekend takde dan set ni datang ngan air teh o panas / sejuk).
Customer (C) : Saya nak tukar lah air bandung ni dan gantikan macam dalam set ni.
Waiter (W) : Tak boleh cik sebab saya dah key-in dalam sistem, kalau cik nak tambah set ni boleh la.
C : Nape pulak tak boleh? (nada tak puas hati)
W : Sebab bila dah key-in dalam sistem, tak boleh nak delete lagi.
C : Oo tak pe, saya pakar dalam sistem, saya nak tengok sistem tu.
Masa ni aku dengan adik aku gelak je la, sebab si customer perempuan tu berlagak betul, si customer tu tak pegi check pun sistem tu.
W : Kalau cik nak tukar jugak, nanti saya yang kena bayar air ni.
C : Kalau camtu awak bayar la, saya nak air lain, air dalam set ni.
Lepas tu aku kurang jelas apa yang diorang cakap. yang tak boleh blah nya, kalau kau pakar sangat pasal sistem mesti kau keje besar kan dan gaji pun besar kan. Berapa sangat la air bandung tu, bayar je lah. Pekerja tu pun nampak macam student je, kau consider la sikit, jangan nak berlagak sangat. Gaji diorang pun berapa la sangat.
Notakaki : Aku kenal sangat dengan customer yang cenggini. Aku dah banyak buat part time masa aku belajar dari diploma sampai la aku aku buat degree. Kalau kita buat orang macam tu nescaya kita akan dapat balik sebab hidup ni bagaikan putaran roda.
Wednesday, 17 October 2012
Jadual untuk kesihatan anggota badan
Assalamuaikum.....
Naaa...jangan ingat kita je yang ade schedule to complete tetiap hari, our body pun ade jugak taw.
Jom scroll ke bawah
Jom scroll ke bawah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru
Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar
Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 am – 9:00 am
Perut
Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 am – 11:00 am
Limpa
Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung
Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang
1:00 pm – 3:00 pm
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil
Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing
Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang
Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung
Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 pm – 1:00 am
Hempedu
Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati
Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Tuesday, 17 April 2012
Hargailah orang di sekeliling anda
BERKAHWIN ATAU TIDAK ... ANDA PERLU BACA INI.
========================== =======
Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya....
Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.
Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.
Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.
Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.
Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu. Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.
Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.
Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.
Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.
Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sendiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.
Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.
Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.
Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”. Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.
Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.
Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.
Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.
P/s : Cite ni dah lama tpi bwu nk cite dalam blog ni sebab penulisnye xtaw nk tulis ape. So harap korang semua dapat pengajaran dari cite ni.
==========================

Tuesday, 2 August 2011
Rahsia Cinta
Hai semua,
Entri kali ni saya nak berkongsi dengan k0rang semua pasal "Rahsia Cinta"
Entri kali ni saya nak berkongsi dengan k0rang semua pasal "Rahsia Cinta"
- Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
- Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku hormati dalam diri mereka?".
- Kekuatan untuk memberi
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya,kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih
dahulu..
- Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..
- Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu".
Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan
dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"
- Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?
- Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan
hubungan yang kuat.
- Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup.
Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..
- Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen PENTING dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.
Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya...
nasihat miss honeydew:: jangan cintai sese0rang melebihi diri sendiri, famili dan Yang Maha Esa..
Sunday, 24 April 2011
Mengapa Lelaki Kahwin Lambat
Hai semua,
Kali ni saya nak kongsi sebab-sebab kenapa lelaki kahwin lambat.Artikel ni saya ambik daripada kawan FB.Kalau ade banyak masa terluang, sila lah baca.
Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"
Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.
Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.
Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.
Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.
Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.
02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.
Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.
Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.
Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.
Para jemputan terdiri dari jemaah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.
Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?
...and the pressure is on men...
Subscribe to:
Posts (Atom)