Tuesday 26 April 2011

Bila peperiksaan menjelma

Hai semua,

Disebabkan saya sedang menghadapi final exam untuk semester ni, so entri kali ni adalah tentang exam la kan. Bila musim exam tiba, semua pelajar pun sibuk, contohnya yang tak pernah jenguk library pun boleh duduk library berjam-jam lamanya dan satu lagi yang biasa terjadi pada musim exam adalah kita boleh kenal yang mana satu kawan yang mana satu lawan. Ada yang kedekut ilmu lah, yang dengki sebab markah kita tinggi pun ade dan macam-macam lagi lah.



Di sini ade gejala-gejala bila musim exam menjelma

1.  Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku.

2.  Membaca dengan kadar yang cepat. Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat  je. Hahadoii..

3.  Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.

4.  Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

5.  Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je. Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!

6.  Mula bukak buku yang tebal-tebal. Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…

7.  Asyik-asyik tengok jam. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?

8.  Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam. Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)

9.  Meja belajar bersepah. Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.

10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’. Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.

11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift. Kadang kala sehingga dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang.

12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan. Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!

13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong. Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip. Hehehe..

14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota. Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)

15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang. Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.

16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu. Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk. HAHAHA..

17. Masa ni lah baru boleh kenalpasti yang mana kawan yang mana lawan. Ada kawan yang tak nak kongsi ilmu dengan kawan-kawan yang lain, takut ilmu die jadi kurang ataupun takut kawan die dapat better result dari die.

18. Pelbagaikan stok maggi. Maggi adalah teman baik di musim peperiksaan. Masa itu kan emas, so maggi la paling cepat dan mudah nak dimasak.




nasihat misshoneydew: Study smart bukan study hard. Jangan stress,  jangan meroyan.
                                         Good Luck!!chaiyok..chaiyok!!

Monday 25 April 2011

Jar of Hearts

Lend me your ears for awhile. Just hear this song.


Jar of Hearts by Christina Perri

i know i can’t take one more step towards you
cause all thats waiting is regret
don’t you know i’m not your ghost anymore
you lost the love i loved the most

i learned to live, half alive
and now you want me one more time

who do you think you are?
runnin’ ’round leaving scars
collecting a jar of hearts
tearing love apart
you’re gonna catch a cold
from the ice inside your soul
don’t come back for me
who do you think you are?

i hear you’re asking all around
if i am anywhere to be found
but i have grown too strong
to ever fall back in your arms

ive learned to live, half alive
and now you want me one more time

who do you think you are?
runnin’ ’round leaving scars
collecting a jar of hearts
and tearing love apart
you’re gonna catch a cold
from the ice inside your soul
don’t come back for me
who do you think you are?

it took so long just to feel alright
remember how to put back the light in my eyes
i wish i had missed the first time that we kissed
cause you broke all your promises
and now you’re back
you don’t get to get me back
 who do you think you are?
running around leaving scars
collecting a jar of hearts
and tearing love apart
you’re gonna catch a cold
from the ice inside your soul
so don’t come back for me
dont come back at all

x2

who do you think you are?
who do you think you are?
who do you think you are?

Sunday 24 April 2011

Mengapa Lelaki Kahwin Lambat


Hai semua,
Kali ni saya nak kongsi sebab-sebab kenapa lelaki kahwin lambat.Artikel ni saya ambik daripada kawan FB.Kalau ade banyak masa terluang, sila lah baca.
alt
Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"
Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.
Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.
Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.
Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.
Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.
02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.
Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.
Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.
Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.
Para jemputan terdiri dari jemaah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.
Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?
...and the pressure is on men...

Saturday 2 April 2011

April Fool Day

Assalamualaikum semua,

Pada bulan April ni, hari ape yang anda semua paling ingat??
mesti lah 1hb April kn......sebab 1hb April ialah April Fool Day, rite??


adakah anda semua tahu ape itu April Fool??


adakah anda semua tahu bahawasanya ade cerita di sebalik April Fool??


Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama.
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.



**kisah ni di ambil drpd salah seorang kwn fb. Jdikan kisah ini sebagai iktibar
    supaya kita lebih berhati-hati di masa hadapan.

Tension

Hai semua,

Apabila ke"tension"an menguasai diri anda, apa yang anda akan lakukan??

yang menambah rasa ke'tension"an ini adelah biler anda dengan
semangat yang berkobar-kobar nk menghudpate blog
dan tetibe lak internet wat hal....mmg cari pasal la kannn.....!!





arggghhh....malas la nk tulis bnyk2...sakit aty ngan brukband (T__________T)


ok,tatatititutuuu.................