Monday 17 September 2012

Menceriakan hati




Mie:Aku nak kawin la Joi

Joi: dengan budak mana?


Mie: satu pejabat


Joi:Ish mana boleh kawin satu pejabat… haram tuh!


Mie: awat lak haram? hang ni terikut ajaran sesat nie


Joi: aku pun alim gak la.aku ada dengaq ceramah gak kot kat mesjid.


Mie:ok habaq mai sebab pa jadi haram?







Joi:Islam suruh kawin paling ramai 4 orang ja.kalau dah satu pejabat ada 20-30 org perempuan,tu kan ke haram.

Mie: ............................................ =.="

Wednesday 12 September 2012

Perkongsian Cerita Cinta Adam & Hawa (kisah benar)

Bismillahirahmanirrahim

Kisah benar ini digarap oleh seorang lelaki yang ingin berkongsi dengan anda semua tentang jodoh pertemuannya yang dipermudahkan oleh Allah SWT. 





Perkongsian Travelog Cinta Nur Adam ;)


“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..”
Katanya bisik menenangkan hati ana….

……………………………………….......................................................



Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah. Hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah. Bila diingatkan semula, banyak kenangan yang ana tidak mampu ungkapkan dengan kata-kata, yang tidak mampu ana imaginasi iaitu bila ana mahu fikirkan tentang ini, NIKAH

Teringat betapa sukarnya nak teruskan hidup di bumi anbia, hidup berseorangan; bukannya tiada kawan, ada. Bukannya tiada makanan, ada. Cumanya…apabila Encik Hati telah lama memberi signal pada diri, carilah pasangan untuknya, carilah yang halal untuk nya, carilah insan yang boleh membuatkan hati tersenyum dan berpahala dengan mengingati si dia.. oh hati.. ( mari mengucapkan… Alhamdulillah :) )

Maka bersungguh-sungguh ana cuba mencari, mencari orang yang tidak pernah ana kenal. Sebelum ana kenal sang isteri, ana telah taqdim( lamar) seramai 4 orang dalam setahun! Hahaha, geli hati ingatkan semula, memang benar lagi tepatlah kata pepatah

“ rezeki, hidup mati dan jodoh telah ditetapkan Allah swt.. “

Ana tidak kenal siapa cik isteri. Kami berkenalan dua bulan ( sebelum tarikh nikah ) , jumpa hanyalah dua kali.. ini adalah rahsia Allah swt.. yakin kami setiap hari..

Hari itu hari Khamis… seorang sahabat telah perkenalkan sang Isteri ( Nur) kepada ana. Hanya satu gambar, itu pun hanya gambar matanya sahaja, tanpa wajah yang penuh. Kata sahabat, orangnya baik, solehah dan ceria, maka tergeraklah untuk hati ana untuk taqdim Nur. Ana hari itu sahaja, balik dari kuliah jadi stalker -_-“ haha

Stalk sekian post-post nya di fb, komen-komen, gambar-gambar, tenang hati, tiada perkara-perkara yang cacat cela ada, maka ana teruskan niat. Solat istikharah telah pun didirikan. Hari yang sama, terus ana tanya si dia.. 

“ assalamu’alaikum wbt…”

“ wa’alaikumsalam wbt… ya? “

“ salam perkenalan.. nama ana adam… ana telah lama simpankan hajat di hati… ana berniat untuk menjadikan kamu sebagai pasangan, jika kamu sudi berilah jawapan, ana sudi tunggu…”

Setelah beberapa ketika, mesej berbalas…

“ ..maaf,beri Nur masa boleh? Hari ini sahaja, 4 orang telah datang memberi lamaran..”

Terkedu ana… 4 orang T-T” Ana lihat semula profile nya, Allah Lima ribu lebih friends, satu ribu lebih subscribers. Wahh!! walaupun semangat semakin pudar…

“ baik, ana tunggu jawapan kamu hari Ahad ini ya… “ balas ana untuk memujuk hati…

Setibanya hari Ahad, melihat bulatan hijau di sebelah namanya di muka buku telah pun menyala, maka ana terus bertanya…

“ assalamu’alaikum wbt, bagaimana ya jawapannya… “

“ wa’alaikumsalam wbt, maaf Nur tidak bersedia..Nur tidak bersedia untuk masa ini untuk terima siapa-siapa… “ balasnya dengan rasa kesal kecil di hati…

* kiranya bukan ana sahaja ditolak lamarannya.. bahkan 3 yang lain turut ditolaknya, gembira tapi sedih sangat! 

“ tidak mengapa , tiada jodoh rasanya.. ana merancang, kamu merancang, Allah swt juga sebaik-baik Perancang… “ balas dengan hati yang menangis-nangis …sedihnya…

Itulah penutup chat kami pada hari itu…

Hari berlalu, esok nya, lusanya dan tiga hari selepas itu, ana sangkakan hujan sehingga petang, Alhamdulillah Alah swt kurniakan pelangi berwarna warni untuk memujuk hati. Satu mesej hadir..

“ assalamu’alaikum wbt adam… boleh tak kalau Nur nak tarik semula kata-kata Nur tempoh hari…”

Bila terbaca saja ni, Allah !!! gembiranya, syukur Alhamdulillah… rasa nak menangis pun ada…

“ wa’alaikumsalam wbt Nur… gembiranya hati.. baik Nur…..”

Dan terus ana berjanji pada diri ana dan pada diri Nur akan dua perkara..

Pertama, ana jatuhkan pandangan ana pada sekian wanita/akhwat/perempuan, baik wanita itu lebih baik akhlaknya, lebih baik paras wajahnya… ana telah pun memilih Nur ( waktu ini ana masih belum lagi melihat wajahnya… )

Keduanya.. misi pencarian jodoh telah pun ana hentikan , serta merta ;) ( hihihi)

“ datanglah ke rumah, jumpa abah.. nanti Nur akan khabarkan pada abah .. “

Itulah permulaan chat dan pengakhiran chat dari Nur. Setiap hari ana berdoa moga ini lah keputusan yang terbaik, inilah jodoh terbaik. Ini lah pasangan yang terbaik .. Allah Allah Allah…

Tibanya di Malaysia, 19 Julai, ana siapkan-siapkan diri, tanggal 20 Julai esoknya, terus ana gerakkan diri untuk kali pertama ke negeri Tasik Chini esoknya 21 Julai, akan mula puasa, maka ana tiba di rumahnya pada waktu petang dan abah, menjemput untuk makan malam dan terawih bersama-sama dan sesudah terawih, tepat jam 10.15 malam, maka bermulalah dialog antara bakal menantu dan bakal bapa mentua..

Pada awalnya ana hilangkan rasa segan dalam diri dengan memulakan bicara dengan berbual akan bumi Mesir, buah-buahan, musim-musim di sana dan waktu itu, kali pertama niqab Nur dibuka. Subhanallah, indahnya insan di hadapan mata ana ini.. gembiranya hati,gembiranya!! subhanallah , sangat-sangat cantik dan lawa! So so so beautiful! 

Dan ana pun mula bicara dengan abah…

“ …pak cik, tujuan saya datang ke rumah pak cik hanyalah semata-mata kerana ibadah kepada Allah swt… “ mula kecil perbualan ini

“ sebenarnya pak cik, saya suka pada anak pak cik, jujur saya tidak pernah mengenalinya. Hari ini baru kali pertama saya berjumpa dan melihat anak pak cik..”

“ saya suka pada Nur, kalau boleh, saya mahu menjaga nama baik saya, menjaga nama baik keluarga saya, menjaga nama baik Nur, menjaga nama baik keluarga pak cik… “

Ana terhenti berbicara, gugup, loop doop loop dopp bunyi jantung gemuruh, Abah dan Nur dah ketawa kecil lihat reaksi ana. Ana pun tersengih, ana teruskan …

“ kalau boleh…sa..sa…saya….nak jadi menantu pak cik… “ pandang dengan penuh harapan ana pada abah dan penuh kasih sayang.. hihi

* pada asalnya ana cadang nak bertunang saja… namun Alhamdulillah , ana lebih bersungguh apabila sakinah wajahnya membuatkan hati tidak mahu melewatkan-lewatkan pernikahan! :)

“ kamu sudah fikir masak-masak? Ini bukan main-main ni.. “balas abah…

“ saya sungguh-sungguh pak cik… “ jawab ana dengan gugup tapi yakin! 

“ Nur, kamu suka pada adam tak? “ tanya abah pada anaknya..

Nur hanya memejam mata sambil mengangguk kecil wajahnya ke bawah… gembiranya ^_^


“… baiklah, beri pak cik bincang dengan mak cik, dengan along angah dan adik beradik Nur yang lain.. “

Itulah penutup bicara kami malam itu dan esok, selepas usai solat subuh bersama dengan abah, abah panggil ke ruang tamu bersama-sama along…

“ adam, insyaAllah kami sekeluarga setuju. Jemputlah keluarga datang untuk berjumpa.. “ 

Wahhhhh!! Gembiranya !! Alhamdulillah… tersenyum lebar adam… Allahu Akbar.. Alhamdulillah!! dan mula dari saat itu.. segala persiapan untuk nikah terus ana sediakan. Alhamdulillah menunggu 31 Ogos hari akad nikah…

Namun dalam hati ana,semakin nak dekat dengan hari nikah, semakin takut dan seram pun ada, terkenang pada awal perkenalan.. ada satu soalan yang ana tidak nampak jawapannya, kenapa Nur pilih ana? Kenapa tidak pilih 3 yang lain ? sedangkan mereka bertiga itu bukan calang-calang orang

1. Presiden BADAR * dirahsiakan badar mana ( Malaysia )
2. Mahasiswa Undang-Undang Semester Terakhir ( Malaysia)
3. Mahasiswa UiTM S.Alam ( Malaysia)
4. Mahasiswa University Of Alexandria (Mesir, ana)

Kenapa ana? Tidak pernah kenal, tidak pernah jumpa, takut ana…


Pada malam setelah selesai kami diijabkabulkan, setelah berwudhu menenangkan hati, menenangkan diri, maka ana bertanya pada sang isteri yang dicintai…

“….. sayang, adam nak tanya, kenapa Adam ya? Kenapa sayang tolak pinangan kami berempat pada awalnya dan kenapa pada akhirnya Adam yang sayang pilih…”

Jawab Nur dengan tenang, bismillah..

“ adam…..”

“ ya Nur… “

“ Nur pilih Adam, Allah swt yang pilihkan… “

“….kerana setelah Nur tolak semua pinangan, Allah swt ilhamkan sesuatu pada Nur..” katanya bisik menenangkan hati ana….

“ setiap malam selepas hari itu, setiap hari Nur mimpikan tentang keputusan yang Nur pilih adalah silap… “

“ Nur rasa tidak tenang, Nur rasa resah, Nur rasa tidak cukup dalam diri ini dan setiap malam… Nur termimpikan Adam, walaupun tidak jelas tapi Nur yakin Adam lah ilham yang Allah swt beri… “

Alhamdulillah.. alhamdulillah… alhamdulillah… hari ni cukup 12 hari telah ana dan pasangan menjadi mempelai yang halal ikatannya.. syukur Alhamdulillah… ^-^

* hidup ana sangat-sangat Allah swt permudahkan, bila ana tekad sungguh-sungguh untuk nikah, pada waktu dan saat inilah.. terbuka luas rezeki yang sangat-sangat ana tidak duga

Ana mendapat tajaan sebanyak RM 40 k dari kerajaan setelah 3 tahun membuat permohonan dan segala urusan nikah ana , hantaran nikah, baju nikah, cincin nikah dan majlis semuanya fully sponsored! Mak dan bapak ana tidak keluar walaupun satu sen pun , gembira hati ana tidak menyukarkan mereka :) Alhamdulillah! teringat minggu-minggu sebelum bernikah, ketika bulan Ramadhan, pada waktu malam, berdo’a ana bersungguh-sungguh dengan meyakinkan diri dengan rukun Iman ke 3 iaitu Al Quran, kerana Allah swt berfirman..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNYA, kerana Allah Maha Luas (rahmatNYA dan limpah kurniaNYA), lagi Maha Mengetahui.” 

Ayat 32, An-Nur.

Ana pegang sangat ayat ni , dan sesungguhnya Allah swt tidak memungkiri janji , I love You O Allah swt , I love Prophet Muhammad s.a.w, thanks Allah swt for teaching me to be patience, leading me to strive in the road of faith and for giving me a very delightful and beautiful life, Alhamdulillah :)

* ini adalah kisah benar( macam cerita hantu pula ana cerita ni, hihi :P ), sekadar perkongsian atas permintaan kawan-kawan dan sahabat-sahabat, untuk sahabat-sahabat yang belum bernikah, pilihlah jalan terbaik, nasihat ana untuk kawan-kawan yang selalu bertanya soalan..

Nak nikah atau tidak, jawapan biasa ana,

“ tidak nikah pun bagus, nikah pun bagus, yang tidak bagusnya tidak tahu buat pilihan antara dua-dua itu “

“ dengan nikah, separuh dari agama telah kamu lengkapkan, ada sang isteri/suami sebagai peneman yang setia lagi mencomelkan seri muka pada setiap hari, namun sediakan diri yang untuk menjadi suami, bapa dan ketua keluarga “

“ tak nikah pun bagus, tanggungjawab belum bertambah, boleh rancang hidup dengan dengan kukuhkan asas, namun sediakan diri , perisaikan hati dari godaan syaitan, nafsu dan panahan-panahan yang membawakan diri kearah zina “

Sekian, Travelog Cinta Nur Adam











Tuesday 11 September 2012

Sayangilah IBU anda semua

Orang kata aku lahir dari perut mak . . .
(bukan orang kata...memang betul)

bila dahaga,yang susukan aku...mak

bila lapar,yang suapkan aku...mak

bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak

kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak

bila bangun tidur,aku cari...mak

bila nangis,orang pertama yang datang...mak

bila nak bermanja,aku dekati...mak

bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak

bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak

bila nakal,yang memarahi aku...mak

bila merajuk,yang memujukku cuma...mak

bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak

bila takut,yang tenangkan aku...mak

bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak

aku selalu teringatkan...mak

bila sedih,aku mesti talipon...mak

bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak

bila bengang,aku suka luah pada...mak

bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk"

bila sakit,orang paling risau adalah...mak

bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak

bila buat hal,yang marah aku dulu...mak

bila ada masalah,yang paling risau...mak

yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak

yang selalu masak makanan kegemaranku...mak

yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak

yang selalu berleter kat aku...mak

yang selalu puji aku...mak

yang selalu nasihat aku...mak

bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak

♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥


bila seronok,aku cari...pasanganku

bila sedih,aku cari....mak

bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku

bila gagal,aku ceritakan pada...mak

bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku

bila berduka,aku peluk erat...emakku

bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku

bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak

bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah

bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak"

selalu..aku ingat pasanganku

selalu..mak ingat kat aku

bila-bila..aku akan talipon pasanganku

entah bila..aku nak talipon mak

selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak...

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.


p/s : JADI DI MANA PUN IBU KORANG ADA SEKARANG NI PERGI LAH CARI DAN PELUK DIA SELAGI BELUM TERLAMBAT